Wah..sudah lama kami menghitung hari ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 nanti. Tahun ini PBAKL diadakan di MAEPS Serdang. Pelajar-pelajar KIKBM pun tak sabar-sabar nak ke sana. Ya lah, pesta buku antarabangsa yang mengumpulkan pelbagai jenis dan genre buku, pelbagai penerbit dan karya untuk dimiliki pada harga promosi. Ulat-ulat buku memang tak akan lepaskan peluang ini:)
Jadi, kami sudah pun meluangkan satu tarikh untuk sesi melawat ke PBAKL bersama para pelajar. Van universiti pun sudah ditempah dan alhamdulillah sudah pun diluluskan. Lokasi pun dekat sangat dengan kami. Seronoknya!
Tak tahu lokasi MAEPS dan cara ke sana?
Cuba teliti peta lokasi yang diberi di bawah ini. Diharap dapat membantu.
Jom kita tengok antara tawaran menarik yang dibuat oleh syarikat-syarikat penerbitan di Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Ayuh ke Reruai ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bermula 29 April - 9 Mei 2016. Mengapa anda perlu terus ke Reruai ITBM??? Kerana kami berikan banyak tawaran menarik untuk anda:
(1) Beli buku ITBM (minimum RM50) & peluang menangi percutian Istanbul bersama Astra Holidays.
(2) Beli 5 buku DISKAUN 40% (untuk semua buku ITBM) | Beli 1 buku diskaun 20%.
(3) DISKAUN 40% (tambahan 20%) jika beli buku ITBM dengan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) & Baucar Facebook.
(4) RM5 untuk 165 judul buku kanak-kanak ITBM.
(5) RM10 untuk 159 judul buku umum & sastera ITBM.
Jemari Seni
Sebenarnya, ada baaanyak lagi penerbit. Cuma masih berbaki 2 minggu, segala promosi masih belum betul-betul rancak. Ada kesempatan nanti kami akan kemsakini di sini untuk tatapan sahabat semua.
#PBAKL
#KLBiF
#pestabukuantarabangsakualalumpur
#kikbm
No comments:
Post a Comment