29 February 2016

Layang-layangku Terbang Megah di Pantai Klebang Melaka


Sebelum memulakan perjalanan ke Melaka bersama pelajar Jepun di KIKBM, ATMA pada 26 Februari 2016. Saya telah berkongsi ilmu mengenai permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu Wau atau lebih dikenali sebagai layang-layang. Secara umumnya, permainan ini amat terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Namun, permainan ini sudah mula diminati dan dimain oleh masyarakat kawasan bandar bagi tujuan mengisi masa lapang. Permainan wau ini juga diadakan untuk pertandingan. 


Terdapat pelbagai jenis wau yang mungkin kita sendiri sebagai masyarakat Melayu tidak tahu mengenai kewujudan jenis wau itu. Tentunya kita hanya 'familiar' dengan wau bulan? ya wau bulan. Namun terdapat pelbagai jenis wau yang wujud terdiri daripada keunikan corak dan bentuk dan berbeza. Saya telah berkongsi informasi ini dengan pelajar saya dan suruh mengenali jenis-jenis wau tersebut. Antaranya ialah Wau Seri Bulan, Wau Dodo Helang, Wau Kikik, Wau Seri Negeri, Wau Kucing, Wau Jala budi, Wau Merak, Wau Barat, Wau Kangkang, Wau Kapal dan Wau Puyuh.



Kami di KIKBM,ATMA bukan sahaja mahukan pelajar kami belajar bahasa dan budaya Melayu tetapi juga mempraktikkan. Justeru itu, strategi pengajaran 'hands on' ini dianggap berkesan kerana pelajar kami dapat membuat sendiri layang-layang tersebut. Bahan-bahan yang kami gunakan hanyalah bahan asas seperti lidi (tiada buloh atau kulit rotan), kertas mahjong, pembalut plastik, benang tebal, pembaris panjang, gam, gunting, cellotape dan pisau belit,lol! Saya kongsikan gambar-gambar kami membuat layang-layang bersama di dalam kelas budaya.



 
Kohei dan Kazumi mengukur menggunakan pembaris panjang untuk mendapatkan ukuran yang seimbang bagi tujuan membuat rangka layang-layang.

Lidi itu mestilah satu pendek (melintang) dan satu panjang (menegak). 
Kemudian, letak cellotape dan ikat dengan benang putih ketat-ketat!
     

Taraaaa, dah siap! Okay la tu orang Jepun bersemangat buat, hehe!


Hasil layang-layang ini separa siap (gambar dah siap belum snap lagi), hehe 
okay kan dari kertas, tapi boleh terbang ke?

Kami telah membawa pelajar kami untuk aktiviti lapangan di Melaka. Aktiviti kami yang terakhir di Melaka ialah bermain-main layang-layang di Pantai Klebang, Melaka! Syoknyaaa! Bestnyaaaa!Sepanjang perjalanan kami dari Bangi ke Melaka, angin sangat kuat. Di hati mungkin ada baiknya, mungkin ada buruknya. 


Setelah tiba di sana, keadaan cuaca di Pantai Klebang Melaka sangat okay!
untuk mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti bermain layang-layang.


Mula-mula, Kohei dan Kazumi (tiada dalam gambar) main macam Cikgu Mai ler,
hahahahahahahahahahahahhaha!

Selepas di ajar, inilah hasilnya. Naik juga ye layang-layang tu!

Kohei pun dah pandai main layang-layang!

Inilah hasilnya setelah jatuh naik, jatuh naik banyak kali!
 Layang-layang kohei terbang megah di Pantai Klebang, Melaka.




No comments: