29 February 2016

TAWARAN KEMASUKAN KE KIKBM ATMA, UKM 2016



Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) membuka tawaran kepada khalayak antarabangsa untuk menjadi salah seorang ahli keluarga kami di KIKBM ATMA, UKM. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya khalayak antarabangsa berminat untuk mendaftar ke Kursus Bahasa Melayu di ATMA. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi nombor yang tertera atau melayari website rasmi kami www.ukm.edu.my/atma. Sebarang aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar kami telah dikemaskini dari semasa ke semasa di laman rasmi Facebook Kursus Bahasa Melayu Atma.


Layang-layangku Terbang Megah di Pantai Klebang Melaka


Sebelum memulakan perjalanan ke Melaka bersama pelajar Jepun di KIKBM, ATMA pada 26 Februari 2016. Saya telah berkongsi ilmu mengenai permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu Wau atau lebih dikenali sebagai layang-layang. Secara umumnya, permainan ini amat terkenal terutamanya dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Namun, permainan ini sudah mula diminati dan dimain oleh masyarakat kawasan bandar bagi tujuan mengisi masa lapang. Permainan wau ini juga diadakan untuk pertandingan. 


Terdapat pelbagai jenis wau yang mungkin kita sendiri sebagai masyarakat Melayu tidak tahu mengenai kewujudan jenis wau itu. Tentunya kita hanya 'familiar' dengan wau bulan? ya wau bulan. Namun terdapat pelbagai jenis wau yang wujud terdiri daripada keunikan corak dan bentuk dan berbeza. Saya telah berkongsi informasi ini dengan pelajar saya dan suruh mengenali jenis-jenis wau tersebut. Antaranya ialah Wau Seri Bulan, Wau Dodo Helang, Wau Kikik, Wau Seri Negeri, Wau Kucing, Wau Jala budi, Wau Merak, Wau Barat, Wau Kangkang, Wau Kapal dan Wau Puyuh.



Kami di KIKBM,ATMA bukan sahaja mahukan pelajar kami belajar bahasa dan budaya Melayu tetapi juga mempraktikkan. Justeru itu, strategi pengajaran 'hands on' ini dianggap berkesan kerana pelajar kami dapat membuat sendiri layang-layang tersebut. Bahan-bahan yang kami gunakan hanyalah bahan asas seperti lidi (tiada buloh atau kulit rotan), kertas mahjong, pembalut plastik, benang tebal, pembaris panjang, gam, gunting, cellotape dan pisau belit,lol! Saya kongsikan gambar-gambar kami membuat layang-layang bersama di dalam kelas budaya.



 
Kohei dan Kazumi mengukur menggunakan pembaris panjang untuk mendapatkan ukuran yang seimbang bagi tujuan membuat rangka layang-layang.

Lidi itu mestilah satu pendek (melintang) dan satu panjang (menegak). 
Kemudian, letak cellotape dan ikat dengan benang putih ketat-ketat!
     

Taraaaa, dah siap! Okay la tu orang Jepun bersemangat buat, hehe!


Hasil layang-layang ini separa siap (gambar dah siap belum snap lagi), hehe 
okay kan dari kertas, tapi boleh terbang ke?

Kami telah membawa pelajar kami untuk aktiviti lapangan di Melaka. Aktiviti kami yang terakhir di Melaka ialah bermain-main layang-layang di Pantai Klebang, Melaka! Syoknyaaa! Bestnyaaaa!Sepanjang perjalanan kami dari Bangi ke Melaka, angin sangat kuat. Di hati mungkin ada baiknya, mungkin ada buruknya. 


Setelah tiba di sana, keadaan cuaca di Pantai Klebang Melaka sangat okay!
untuk mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti bermain layang-layang.


Mula-mula, Kohei dan Kazumi (tiada dalam gambar) main macam Cikgu Mai ler,
hahahahahahahahahahahahhaha!

Selepas di ajar, inilah hasilnya. Naik juga ye layang-layang tu!

Kohei pun dah pandai main layang-layang!

Inilah hasilnya setelah jatuh naik, jatuh naik banyak kali!
 Layang-layang kohei terbang megah di Pantai Klebang, Melaka.




28 February 2016

Maklumat Tentang Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu ATMA UKM

KURSUS INTENSIF KETERAMPILAN BAHASA MELAYU (KIKBM)
INTENSIVE MALAY LANGUAGE PROFICIENCY COURSE

PENGENALAN
INTRODUCTION

Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) telah ditawarkan sejak tahun 1999 di bawah program Consortium of Teaching
Indonesia-Malaysia (COTIM). Bermula dengan hanya dua orang pelajar dari Amerika Syarikat,
kini sudah lebih daripada 300 orang pelajar dari seluruh dunia, temasuk Australia, Kanada,
England, Finland, Jerman, Jepun, Hong Kong, Iran, Korea Selatan, Zew Zealand, Filipina,
Perancis, Singapura, dan Vietnam telah mengikuti kursus ini. KIKBM turut mendapat
pengiktirafan daripada Constanz University of Applied Sciences (Jerman), La Trobe University,
Melbourne (Australia), Tokyo University of Foreign Studies (Jepun), Setsunan University
(Jepun) dan Korea Tourism Organization (Korea Selatan).

The Intensive Malay Language Proficiency Course at The Institute of The Malay World and
Civilization (ATMA) was established as a result of under The Consortium of Teaching
Indonesia-Malaysia (COTIM) in 1999. From its humble beginnings of only two students from
The United State of America, now we have more than 300 students from all over the world as
well as Australia, Canada, England, Finland, German, Japan, Hong Kong, Iran, South Korea,
New Zealand, Philippine , France, Singapore, United State of America and Vietnam have
completed the course at various level. In addition, Constanz University of Applied Sciences
(German), La Trobe University, Melbourne (Australia), Tokyo University of Foreign Studies
(Japan), Setsunan University (Japan) and Korea Tourism Organization (South Korea) have
recognized and acknowledged the teaching of the Malay language course.

KURSUS DAN TEMPOH
THE COURSE AND DURATION

KIKBM Terdiri daripada enam (5) tahap, iaitu tahap 1 hingga tahap 5. Setiap tahap terdiri
daripada 100 jam, iaitu 80 jam pengajaran (kemahiran mendengar, membaca, menulis
dan bertutur), dan 20 jam aktiviti amali (termasuk bengkel, lawatan dan kerja lapangan).
Kursus ini diselenggara secara intensif selama 5 (lima) atau 5 (enam) minggu oleh
guru-guru bahasa Melayu yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
Kursus juga boleh disesuaikan mengikut keperluan pelajar.

There are five levels in KIKBM, i.e. from level 1 to level 5. The course comprises 100 hours
with 80 hours teaching and learning method (listening, reading,, writing speaking), and
20 hours cultural activities (including workshops, field trip and outdoor activities). KIKBM
is conducted by the Malay language native speakers teacher who will bring all
participants through 5 to 6 weeks of intensive learning. Each course can also be tailored
according to the needs of the student.

KEMUDAHAN DAN VISA
FACLITIES AND VISA

Visa pelajar akan ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus ini sekurangkurang
enam bulan. Pelajar juga akan didaftarkan sebagai pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan boleh menikmati pelbagai kemudahan yang
disediakan.

A student visa shall be arranged for students if they enroll for a course for a
minimum of six months. With the Student Visa, the student may apply for the UKM
Student ID to make use of all the facilities offered by the University.

PENILAIAN
EVALUATION

Ujian lisan dan bertulis akan diadakan pada akhir setiap tahap bagi
memastikan tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar.

An oral and written test will be conducted prior to the commencement
of each course to ascertain the students’ levels of competency.

SIJIL DAN LAPORAN KURSUS
CERTIFICATE AND MODULE REPORT

Pelajar akan diberikan laporan dan sijil yang mengesahkan tahap penguasaan,
peringkat dan tempoh kursus yang diikuti, setelah menamatkan kursus.

All students will be given a certificate and a report certifying the level, stage and
duration of their studies after successfully completing them.

YURAN
FEES

Yuran yang dikenakan bagi setiap tahap adalah berbeza mengikut jumlah pelajar dalam satu-satu kelas. Yuran hendaklah
dijelaskan pada hari pendaftaran dan tidak akan dikembalikan, sekiranya pelajar
menarik diri.

The entire course at each level cost are depends on the quantity of students in a class. Payment must be made on
the registration day and no refund will be entertained for any withdrawal.



Anda boleh muat turun brosur dan borang permohonan di laman web rasmi ATMA UKM
You can download the brochure and application form from ATMA's official website.


MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

FOR ADDITIONAL INFORMATION
For further information please contact:

KURSUS INTENSIF KETERAMPILAN
BAHASA MELAYU (KIKBM)
INTENSIVE MALAY LANGUAGE
PROFICIENCY COURSE

Alamat / Address: Penyelaras Program Bahasa
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600, UKM BANGI

Telefon/ telephone : +603 8921 3557 / 5280,
Faksimile/ faximile : +603 89254698
E-mel/ email : kikmatma@gmail.com; junaini@ukm.my

Saintis Buktikan Puasa 2 Kali Seminggu Memberi Pertahanan Kepada Otak: Sumber The Vocket

Puasa 2 kali seminggu memberi pertahanan kepada otak!

Itulah antara penemuan yang dilakukan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Mark P. Mattson, Profesor Neurosains daripada John Hopkins University, USA yang menjalankan kajian secara selular dan molekular ke atas sel tikus makmal dan manusia dan telah melihat kesan secara langsung dari amalan berpuasa 2 kali seminggu.
Apa yang menakjubkan, amalan ini bukan sahaja memberi kesan provokasi ke atas sel supaya lebih aktif, malah ia meransang pertumbuhan sel otak yang baru.
Di samping itu otak menjadi lebih rentan terhadap pertumbuhan plak yang menjadi pemacu kepada penyakit Alzheimer dan Parkinson yang ditakuti ramai.
“Puasa menyebabkan sel menjadi tertekan, namun pada konteks yang baik,” kata beliau sambil mengulas bahawa terdapat peningkatan dalam kebolehan menghadapi tekanan apabila seseorang itu mengamalkan puasa 2 kali seminggu.
Kajian yang dilakukan Mattson ini tersiar di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience edisi Januari 2013.
Beliau turut menekankan bahawa otak yang normal, jika terlebih makan akan menyebabkan keterujaan pada peringkat selular yang sukar dikawal sehingga boleh merosakkan fungsi otak.
Mereka mendapati haiwan-haiwan eksperimental yang berpuasa 2 kali seminggu ini membina pertahanan terhadap serangan strok dan mekanisma lain yang boleh merosakkan otak.
Beliau menerangkan secara mekanismanya apabila berpuasa, tenaga badan dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.
Justeru tenaga dapat dijimatkan dan dapat dimanfaatkan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisien.
Sebelum ini beliau turut menerbitkan artikel kajian klinikal ke atas pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan yang telah menunjukkan pengurangan simtom-simtom asma selepas mengamalkan puasa selang sehari selama 2 bulan.
Walaubagaimanapun terdapat perbahasan di kalangan pengamal perubatan yang skeptikal terhadap amalan ini yang mengatakan puasa boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.
“Apa yang kami temui di dalam kajian terhadap haiwan dan manusia ini adalah baik untuk kita mencabar otak kita, terutamanya dalam jangka waktu yang singkat sebegini,” tambah beliau.
Secara kesimpulannya, puasa sebagaimana yang diketahui umum adalah amalan sunat yang dianjurkan agama Islam dan menjadi amalan para Nabi dan Salafussoleh.
sumber: www.harianterbit.com
Ia bukan sahaja puasa badan iaitu menahan diri daripada makan minum, namun penghayatannya adalah lebih daripada itu, merangkumi segala aspek iaitu spiritual, mental, fizikal, kimiawi, seksual dan emosi.
Kita banyak diingatkan tentang kebaikan amalan ini daripada sudut keagamaan yang mana puasa mendekatkan hamba kepada Tuhan yang menciptanya.
Dan kini amalan mulia ini diselidiki secara empirikal di makmal-makmal dan membuktikan hikmah serta kebaikan pada amalan tersebut yang diamalkan secara patuh oleh umatnya.
Namun penemuan kebaikan tuntutan ini secara eksperimental mengukuhkan lagi keyakinan dan melunaskan fitrah manusia yang bersifat ingin tahu.
Maha Suci Allah, besar hikmahnya yang kita dapati daripada puasa ini dan sebenarnya lebih banyak lagi yang belum dirungkaikan, menjawab kebijaksaan Allah sebagai Sang Pencipta yang mengatur urus tadbir kehidupan manusia di dunia ini. Wallahu a’lam.
Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Samhani Ismail untuk Majalah Sains.
Sumber Rujukan:
  1. Michael Anft, Don’t Feed Your Head, John Hopkins magazine, Summer 2012
  2. David Stipp, ScientificAmerican.com/jan2013
  3. Arjun Walia, Neuroscientist Shows What fasting Does to Your Brain & Why Big Pharma Won’t Study It, Disember 2011
  4. Mohd Husain Yee Abdullah, Science of Fasting: Aspect from Islam Perspective, Fasting and Sustainable Health Conference, 2010
Sumber artikel: The Vocket

9 February 2016

Pemandu Teksi Tokyo Kagumi Rakyat Malaysia Setelah Berkunjung ke Malaysia

Dear Malaysia,
Baru-baru ini saya telah mempunyai ramai kawan di Facebook. Jadi saya ingin kongsikan catatan lama yang pernah saya tulis satu ketika dulu, iaitu sewaktu saya berkunjung ke Malaysia.
Ia telah ditulis dalam bahasa Inggeris dan saudara saya Kimi telah membantu untuk alih bahasa. Inilah dia.
Nama saya Muhammad Nobu. Saya berbangsa Jepun dan berusia 48 tahun. Saya bekerja sebagai pemandu teksi di bandaraya Tokyo.
Dua tahun lepas saya bertemu Arisa dan sekarang dia isteri saya. Kami tinggal di sebuah pekan bernama Gujo yang merupakan tempat kelahiran Arisa.
Gujo adalah sebuah penempatan yang dikelilingi keindahan alam semulajadi dan bersalji. Gujo terkenal dengan keindahan dan kebersihan airnya, kita boleh menikmati air dari gunung dan ia boleh diminum di mana-mana sahaja.
Saya faham, orang lebih berminat dengan bandaraya yang besar seperti Tokyo tetapi anda akan teruja dengan kebudayaan tradisional Jepun di Gujo. Ianya adalah sebuah tempat yang kami cadangkan dan perlu anda lawati suatu hari nanti.
Sekarang kami mempunyai 4 orang anak lelaki, anak sulung kami bernama Tenkyu berusia 9 tahun, anak kedua Makoto 6 tahun, yang ketiga bernama Riku 4 tahun dan bayi kecil bernama Momotaro.
Tenkyu adalah hasil perkahwinan bersama isteri saya terdahulu, Makoto dan Riku adalah anak-anak perkahwinan Arisa yang terdahulu.
Mereka membesar bagaikan saudara kandung sendiri. Saya amat berbangga dengan mereka.

Kami adalah keluarga yang bahagia dan tinggal di tempat yang sangat cantik tetapi hati saya tidak merasa tenteram bila melihat banyak permasalahan di kalangan masyarakat orang-orang Jepun.
Sepertimana di Malaysia, bila saya mengucapkan “hello” kepada seseorang pastinya mereka akan menjawab dengan ucapan yang sama dan mesra meskipun mereka tidak mengenali siapa saya, tetapi di Jepun jauh berbeza.
Bila saya mengucapkan “hello” kepada orang yang saya tidak kenali, saya dianggap pelik dengan ucapan itu.
Masyarakat Malaysia secara semulajadinya amat terkenal dengan ikatan persahabatannya berbeza dengan orang-orang Jepun, pada kebelakangan ini agak sukar untuk menunjukkan nilai-nilai persahabatan dan kemesraan seperti ini.
Walaupun masyarakat Malaysia terdiri dari berbagai kaum tetapi mereka amat mementingkan persahabatan. Hakikatnya persahabatan lebih penting dari ekonomi.
Persahabatan boleh menciptakan wang tetapi kewangan tidak dapat mewujudkan persahabatan. Padahal banyak negara termasuklah Jepun percaya ekonomi itu perlu diutamakan.
Di Jepun lebih dari 30,000 orang membunuh diri setiap tahun. Terbukti Jepun bukanlah sebuah masyarakat yang bijak walaupun di sana banyak terdapat perkhidmatan dan teknologi baru.
Pada suatu masa dulu, Perdana Menteri Tun Mahathir pernah berkata masyarakat Malaysia perlu pandang ke timur, belajar dengan cara orang Jepun tetapi pada hari ini, orang-orang Jepun perlu belajar dengan anda semua bagaimana sifat-sifat kemanusiaan yang sepatutnya.
Saya selalu mengingatkan orang-orang Jepun betapa pentingnya nilai sesuatu persahabatan tetapi kebanyakan dari mereka tidak mengendahkannya.
Maka ia membuatkan kita berasa sukar untuk terus tinggal di sana. Inilah yang membuatkan kami meninggalkan Jepun.
Pada abad yang lalu kita mempunyai banyak sumber dan membuatkan kita dapat mengikuti arus ekonomi dan kehidupan kita menjadi lebih mudah. Tetapi pada abad ini kita tidak lagi mempunyai banyak sumber seperti dahulu, jadi kita perlulah berkongsi dan untuk mewujudkan perkongsian bijak ini kita memerlukan ikatan persahabatan.
Oleh itu saya yakin Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri di abad yang baru ini. Jika Malaysia mempunyai kepimpinan di peringkat dunia, maka dunia tidak perlu memilih untuk berperang.
Inilah satu-satunya jalan menuju ke arah kedamaian sejagat. 2 bulan yang lalu kami kehilangan kesemua wang kami, namun sehingga sekarang kami masih boleh bertahan meneruskan kehidupan bersama seorang bayi yang kecil dengan sempurna.
Ianya sesuatu yang mustahil akan berlaku di tempat saya. Saya berharap anda tahu betapa bertuahnya negara anda ini dan berbanggalah dengannya.
Ia tidak akan berlaku sekiranya orang percaya perasaan itu tidak penting. Kami sangat terhutang budi dengan masyarakat Langkawi. Terima kasih banyak-banyak
Dari Nobu, Arisa, Tenkyu, Makoto, Riku dan Momotaro
Sumber 100% daripada: The Vocket

5 February 2016

Kalendar Akademik UKM Semester II 2015/2016 (Februari 2016 - Julai 2016)

Tak lama lagi, semester baru akan bermula. Buat para pelajar UKM yang lama mahupun yang baharu, selamat datang dan kembali ke kampus:)

Jadi, untuk panduan semua pelajar ukm, kami kongsikan kalendar akademik yang terbaru. Bolehlah diteliti tarikh-tarikh penting seperti tarikh pendaftaran, tarikh lewat mendaftar yang dikenakan denda, tarikh tambah dan gugur kursus, cuti pertengahan semester, tarikh peperiksaan akhir dan sebagainya.


PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN ALAM MELAYU 2016


Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu pada 19-20 September 2016. Sehubungan itu, pihak ATMA amat berbesar hati mengundang para pengkaji, ahli akademik, dan pencinta warisan budaya Melayu untuk menghantar kertas kerja untuk dibentangkan dalam persidangan berkenaan dan peka kepada tarikh-tarikh berikut.


Tarikh Acara: 
19/09/2016 - 20/09/2016

Tempat: 
School of Oriental and African Studies, London

Tarikh Akhir Panggilan Abstrak: 
15/03/2016

Pemakluman Penerimaan Abstrak: 
30/03/2016

Tarikh Akhir Panggilan Kertas Kerja:
30/06/2016

Ucaptama: 
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Tertakluk kepada persetujuan) dan Syaikh Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti

Penganjur Bersama:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan School of Oriental and African Studies (SOAS), London





#atma #ukm #ukmnews #soas #kertaskerja

KIKBM ATMA Kini di Blogspot


Tanggal 5 Februari 2016, blog ATMA kini dibina secara rasmi. Diharap blog ini akan menjadi medium untuk menyampaikan info dan maklumat berkenaan kursus ini.

Sumber: ATMA