29 September 2016

Aktiviti KIKBM: Pelajar Jepun Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin dan Majlis Cuur Jambul

Lagi laporan tentang aktiviti yang disertai oleh para pelajar Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu, ATMA, UKM.

Pada tarikh 24 September 2016 yang lalu, para pelajar KIKBM berpeluang sekali lagi menghadiri majlis kenduri masyarakat Melayu. Kali ini lebih menarik kerana kami berpeluang melihat secara dekat majlis akad nikah (solemnization), majlis bersanding (reception), dan majlis cukur jambul (an event for baby).


pelamin dan hantaran

Kami bertolak dari UKM seawal 8.00 pagi kerana majlis akad nikah akan diadakan pada jam 9.00 pagi. Majlis diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Kuala Lumpur. Kami tiba tepat pada masanya, dan para pelajar dapat menyaksikan seniri upacara akad nikah oleh wali pengantin perempuan iaitu bapa pengantin perempuan sendiri. Pelajar juga dapat merakam video acara tersebut.

semasa akad nikah

bergambar usai acara akad nikah

Setelah selesai majlis, kami dijemput menjamu selera. Makan tengah hari disediakan lebih awal. menu utamanya ialah nasi minyak / nasi putih, ayam masak merah, beriani daging, dalca kambing, sayur kobis goreng, dan acar nenas. Selain itu, ada banyak lagi menu sampingan seperti kuih muih, tapai pulut dan tapai ubi, ais krim, cendol dan juga kerepek moden dan tradisional.

Selepas itu, acara cukur jambul kepada dua orang bayi (cucu ibu bapa pengantin) diadakan. Majlis ini dimeriahkan dengan alunan marhaban dan selawat daripada kumpulan marhaban yang dijemput khas, seterusnya acara cukur jambul diadakan. Para pelajar kami juga berpeluang menggunting rambut bayi. Pengalaman yang tentunya sangat berharga buat mereka.

- akan disambung-